Fabinho dapat trofi, hilang barang kemas

Fabinho dapat trofi, hilang barang kemas

LONDON,. Kediaman bintang Liverpool Fabinho dimasuki pencuri ketika dia dan rakan-rakannya meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Rumah pemain tengah Brazil yang terletak di Formby itu menjadi sasaran ketika Fabinho berada di Anfield untuk meraikan trofi.

Barang kemas dan kereta Audi RS6 – yang kemudiannya ditemui berhampiran Wigan – antara barangan yang dicuri.

“Penyiasat di Sefton meminta orang ramai memberikan maklumat berkenaan kecurian di Formby.

“Polis dipanggil ke satu alamat pada awal pagi ketika penghuni pulang ke rumah mereka dan mendapati ia dipecah masuk,” kata polis Merseyside.

Fabinho adalah pemain Liverpool terbaru yang rumahnya dipecah masuk ketika mereka berada dalam perlawanan. – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )