Flotila adakan protes di Tasik Geneva bantah Sidang Kemuncak G7

HomeFeaturedBerita Semasa

Flotila adakan protes di Tasik Geneva bantah Sidang Kemuncak G7

ISTANBUL,. Satu flotila yang terdiri daripada 25 bot berkumpul di Tasik Geneva pada Sabtu sebagai simbolik membantah Sidang Kemuncak G7 yang berlangsu

Hubungan Malaysia – Indonesia semakin kukuh menjelang ulang tahun ke-70 pada 2027
Iran, AS “hampir capai persetujuan” selepas rundingan di Geneva, kata Menteri Luar Iran
Pemimpin Agung Iran dalam keadaan sihat, tadbir negara sepenuhnya – Menteri Luar

ISTANBUL,. Satu flotila yang terdiri daripada 25 bot berkumpul di Tasik Geneva pada Sabtu sebagai simbolik membantah Sidang Kemuncak G7 yang berlangsung di Bandar Evian, Perancis, dengan penyertaan sekitar 100 aktivis dari 15 negara, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik akhbar Switzerland, TDG.

Kumpulan bot berkenaan berkumpul di tengah-tengah tasik berhadapan dengan Bandar Evian, lokasi para pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengadakan pertemuan pada hujung minggu ini.

Menurut kenyataan daripada Sumud Global Switzerland yang menyokong tindakan itu, para peserta mahu menyatakan bantahan terhadap pendirian Switzerland berhubung Gaza serta peranannya dalam urusan keselamatan di sekitar sidang kemuncak itu.

Pihak penganjur menyifatkan demonstrasi itu sebagai aman dan tidak melibatkan keganasan.

Beberapa orang peserta sebelum ini pernah menyertai misi flotila yang bertujuan untuk memasuki Gaza.

Bekas Datuk Bandar Geneva Remy Pagani, yang sebelum ini pernah ditahan di Israel semasa menyertai misi flotila ke Gaza, turut mengambil bahagian dalam protes berkenaan.

SUMBER;

–BERNAMA-ANADOLU