Gempa bumi landa Filipina, Tonga dan Vanuatu

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi landa Filipina, Tonga dan Vanuatu

BEIJING,. Beberapa gempa bumi melanda Filipina, Tonga dan Vanuatu, lapor Xinhua.Di Mindanao, Filipina, gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegar

TalentCorp ; memperkukuh pembangunan bakat Bumiputera dalam industri digital
Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$129.7 bilion pada 30 April, 2026
Why our world would end if living room decors disappeared

BEIJING,. Beberapa gempa bumi melanda Filipina, Tonga dan Vanuatu, lapor Xinhua.

Di Mindanao, Filipina, gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan kawasan itu pada 11.06 malam GMT Isnin, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).

Pusat gempa pada kedalaman 10 kilometer (km) itu pada awalnya dikenal pasti terletak pada 7.70 darjah utara dan 126.74 darjah timur.

Di Tonga, gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda selatan negara itu pada 11.12 malam GMT Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa pada kedalaman 10 km itu dikenal pasti terletak pada 24.78 darjah selatan dan 175.26 darjah barat.

Sementara itu di Vanuatu, gempa bumi berukuran 5.0 magnitud menggegarkan negara kepulauan itu pada 8.10 malam GMT Isnin, menurut GFZ.

Pusat gempa pada kedalaman 10 km itu pada awalnya dikenal pasti terletak pada 14.52 darjah selatan dan 168.07 darjah timur.

SUMBER;

–BERNAMA-Xinhua