
Guardiola akui kesilapan Man City
LISBON,. Pep Guardiola mengakui Manchester City sekali lagi melakukan kesilapan dalam Liga Juara-Juara selepas tersingkir pada suku akhir Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut dengan kekalahan 3-1 di tangan Lyon dekat Lisbon.
Kesilapan sama di bahagian pertahanan, terlepas peluang dan kontroversi VAR menyumbang kepada kekalahan skuad Guardiola dengan pengendali dari Catalan itu juga dipersalahkan kerana pemilihan pemain pada peringkat kalah mati itu.
Guardiola masih belum mampu melepasi kelompok lapan terakhir sepanjang empat tahun mengetuai City dengan penantian pasukan dari England itu untuk dimahkotakan selaku juara Eropah masih berterusan walaupun berbilion sudah dilaburkan pemilik dari Abu Dhabi.
“Satu hari kami akan akan memecahkan jurang ini dan melepasi suku akhir,” kata Guardiola.
“Anda perlu sempurna dalam satu perlawanan di kejohanan ini dan kami tidak melakukannya.”
City tampak tidak menyerlah ketika Guardiola memulakan permainan dengan formasi 3-5-2 dan ketinggalan pada babak pertama menerusi Maxwel Cornet.
Bagaimanapun tekanan diberikan mereka berhasil pada babak kedua menerusi Kevin De Bruyne 21 minit sebelum tamat.
“Kejohanan ini ialah situasi seperti itu,” kata Guardiola mengenai peluang dipersia-siakan Sterling.
“Anda perlu menyamakan kedudukan dan bermain dalam tambahan masa dan selepas kami melepaskan gol ketiga. Kami mencipta lebih banyak peluang, kami lakukan apa sahaja tapi malangnya kami terkeluar sekali lagi.” – AFP