Hamilton ungguli ujian masa GP Hungary

Hamilton ungguli ujian masa GP Hungary

BUDAPEST,. Lewis Hamilton mengatasi rakan sepasukannya Valtteri Bottas ketika pasukan Mercedes mendominasi sesi ujian pertama menjelang Grand Prix (GP) Hungary hujung minggu ini.

Juara dunia enam kali itu mencatat masa satu minit dan 16.003 saat untuk mengatasi pemandu dari Finland yang ketinggalan 0.086 saat.

Sergio Perez berada di kedudukan ketiga buat Racing Point dan mengatasi rakan sepasukannya Lance Stroll, Daniel Ricciardo dari Renault dan Sebastian Vettel memberikan harapan buat Ferrari dengan menduduki tempat keenam.

Seorang lagi pelumba Ferrari, Charles Leclerc di tempat ketujuh sementara Max Verstappen yang mewakili Red Bull menamatkan sesi ujian di kedudukan kelapan.

Perlumbaan di Hungary adalah yang ketiga dilangsungkan tahun ini selepas tertangguh akibat pandemik COVID-19 dan diadakan tanpa penonton dengan kawalan protokol ketat.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)