Hyundai Heavy Industries didenda US$17.8 juta kerana langgar undang-undang subkontrak

Hyundai Heavy Industries didenda US$17.8 juta kerana langgar undang-undang subkontrak

SEJONG,. Pengawal selia antitrust Korea Selatan hari ini mengenakan denda sebanyak 20.8 bilion won (US$17.8 juta) terhadap Hyundai Heavy Industries Holdings Co, konglomerat perkapalan terbesar negara kerana didakwa melanggar undang-undang subkontrak, lapor agensi berita Yonhap.

Hyundai Heavy dituduh memaksa subkontraktornya untuk memulakan kerja tanpa dimaklumkan lebih awal mengenai nilai kontrak antara tahun 2014 dan 2018, menurut Suruhanjaya Perdagangan Adil (FTC) dalam satu kenyataan.

Di samping itu Hyundai Heavy secara sepihak menuntut subkontraktornya memotong harga sebanyak 10 peratus pada 2016.

FTC mengkritik Hyundai Motor kerana menyembunyikan bukti dengan menggantikan 273 pemacu cakera keras pada Oktober 2018, sejurus sebelum pengawal selia melancarkan siasatan ke atas konglomerat perkapalan itu.

Kes itu kemudian dirujuk kepada pihak pendakwa untuk siasatan lanjut.

FTC telah berikrar untuk menghapuskan amalan perniagaan yang tidak adil dan sepihak antara firma besar dengan subkontraktor mereka.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )