Jesus Navas; penghormatan gelaran Liga Europa

Jesus Navas; penghormatan gelaran Liga Europa

COLOGNE, Jerman,. Kapten Sevilla, Jesus Navas memberi penghormatan gelaran Liga Europa keenam kelab itu kepada bekas pemain, Jose Antonio Reyes, yang terbunuh dalam kemalangan kereta tahun lalu serta Antonio Puerta, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 2007.

Skuad dari Sepanyol itu menewaskan Milan 3-2 pada saingan sengit awal pagi tadi.

Pemain penyerang, Navas bagaimanapun memuji Reyes dan Puerta.

Reyes, yang bermain bersama tiga pasukan Sevilla yang menang Liga Europa, terbunuh pada Jun tahun lalu.

Puerta meninggal dunia pada usia 22 tahun selepas serangan jantung dalam saingan liga pada Ogos 2007.

“Untuk menjulang piala ini sebagai kapten Sevilla amat bermakna buat saya, untuk semua orang, buat rakan yang tidak lagi berada di sini – buat Puerta, buat Reyes,” kata Navas.

“Dan buat bapa baptis saya yang sudah meninggal dunia. Saya harap penyokong Sevilla berbangga dengan kami. Kami menjulang trofi ini kerana kami semua kapten.”

Navas juga memuji jurulatih Julen Lopetegui, dua tahun selepas dipecat daripada jawatan jurulatih Sepanyol selepas Piala Dunia 2018. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )