Jumlah mangsa banjir di Perak semakin meningkat

Jumlah mangsa banjir di Perak semakin meningkat

IPOH,. Jumlah mangsa banjir di Perak malam ini semakin meningkat, apabila seramai 550 penduduk daripada 150 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 508 orang daripada 125 keluarga petang tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, setakat pukul 8 malam tadi, daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 326 mangsa membabitkan 83 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.

Seramai 204 mangsa daripada 50 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Langkap (83 mangsa, 21 keluarga) dan SK Dato’ Yahya Subban (39 mangsa, 12 keluarga).

Menurut jurucakap itu lagi, seramai 188 lagi mangsa banjir daripada 48 keluarga di daerah Kerian berada di dua PPS iaitu SK Changkat Lobak (149 mangsa, 35 keluarga), manakala seramai 39 mangsa daripada 13 keluarga di Dewan Parit Haji Aman.

Seramai 36 penduduk daripada 19 keluarga lagi masih berada di Dewan Serbaguna Kampung Haji Tahir susulan banjir di Tapah dalam daerah Batang Padang, katanya.

Jurucakap JBPM Perak juga berkata, cuaca di daerah Batang Padang dan Kerian kini masing-masing dilaporkan hujan manakala di Hilir Perak pula tidak hujan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)