Kakitangan PBB mula bekerja dari rumah

Kakitangan PBB mula bekerja dari rumah

NEW YORK,. Kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu pejabat, di sini diarah bekerja dari rumah sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga minggu berikutan penularan wabak COVID-19, melainkan jika ada keperluan untuk mereka hadir ke pejabat.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres, berkata langkah itu bertujuan untuk mengurangkan kehadiran secara fizikal di ibu pejabat PBB sambil terus memikul mandat dan tanggungjawab.

“Kesihatan dan kesejahteraan anda kekal menjadi perhatian saya. Kekal selamat, cerdas, bersikap baik,” katanya menerusi mesej kepada kakitangan pada Khamis.

Kira-kira 3,000 pekerja PBB berpangkalan di New York.

Seorang diplomat Filipina minggu ini diuji positif coronavirus dalam kes pertama yang direkodkan di ibu pejabat PBB.

Banyak organisasi dan syarikat di seluruh dunia melaksanakan pendekatan bekerja dari rumah bagi mengurangkan penyebaran virus itu. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )