KDN TUNGGU TARIKH KUAT KUASA PINDAAN KEWARGANEGARAAN ANAK LAHIR LUAR NEGARA

HomeFeaturedBerita Semasa

KDN TUNGGU TARIKH KUAT KUASA PINDAAN KEWARGANEGARAAN ANAK LAHIR LUAR NEGARA

PUTRAJAYA,. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelesaikan segala urusan dokumentasi serta persediaan berkaitan pindaan Perlembagaan membabitkan k

Ops Hazard: Polis tumpas sindiket e-waste, libat rampasan RM1.25 juta
Kemajuan mesti sentiasa dipandu oleh adab – Raja Zarith Sofiah
MALAYSIA, WHO PERKUKUH KERJASAMA MUKTAMADKAN PERJANJIAN PANDEMIK

PUTRAJAYA,. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelesaikan segala urusan dokumentasi serta persediaan berkaitan pindaan Perlembagaan membabitkan kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan kini hanya menunggu penetapan tarikh kuat kuasa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pindaan tersebut telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kini menunggu tarikh yang akan diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Di peringkat kita di KDN, semua dokumen berkaitan termasuk Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964, borang yang berkaitan seperti borang secara dalam talian, pemakluman kepada perwakilan negara di seluruh dunia telah pun kita laksanakan.

“Kita cuma tunggu tarikh sahaja untuk ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kalau hari ini ditetapkan, terus kita boleh buat serta-merta,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan dan sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pindaan itu membolehkan anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing memperoleh kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang secara automatik berbanding permohonan pendaftaran sebelum ini.

“Pindaan ini mendapat sokongan sebahagian besar Ahli Parlimen iaitu seramai 216 orang yang bersetuju,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution dilaporkan berkata pelaksanaan pindaan itu dijangka memberi kelegaan kepada wanita atau ibu warganegara Malaysia yang selama ini menunggu proses kewarganegaraan anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Saifuddin Nasution berkata daripada kira-kira 50,000 permohonan kewarganegaraan tertunggak yang sebelum ini perlu diproses, sekitar 7,000 adalah permohonan membabitkan anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia.

— BERNAMA