
Kebakaran besar di depoh senjata tentera di Chad
N’DJAMENA: Kebakaran besar meletus pada lewat kelmarin di sebuah depoh senjata tentera di ibu negara N’Djamena di Chad, kata Menteri Luar Negara Abderaman Koulamallah.
Letupan dari depoh di kawasan Goudji di ibu negara yang berhampiran dengan lapangan terbang telah kedengaran sehingga beberapa batu jauhnya, menurut wartawan AFP, sambil menambah bahawa senjata melantun ke langit pada selang waktu biasa dan meletup, mengubahnya kepada warna merah dan hitam.
Koulamallah, yang juga jurucakap kerajaan, menerusi hantaran di Facebook berkata terdapat “letupan besar” di tempat kejadian dan menggesa penduduk untuk tetap bertenang.
“Depoh senjata terbesar di N’Djamena telah dijilat api,” seorang pegawai kanan tentera memberitahu wartawan .
— Agensi