Kerajaan Baru Pasca Pru15 – Harapan Anak Seni

Kerajaan Baru Pasca Pru15 – Harapan Anak Seni

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PRU 15 YG BARU BERLANGSUNG SMLM 19. NOV ‘22. WALAU SIAPAPUN YG BAKAL MEMERINTAH, Dlm konteks pembangunan, keharmonian dan identiti negara, adalah amat DIHARAP agar ANDA dapat SEMAKIN melihat bahwa soal kebudayaan dan pendidikan seni rakyat negara ini bukan suatu yg secondary atau tiada tmpat langsung dlm kamus ‘pembangunan’ yg anda pegang dan ingin majukan lagi.

Malah ia suatu yg semakin penting, sepenting majunya hal2 kebendaan termasuk ekonomi dan infra-struktur. Ini krn apabila seni itu membawa maksud suatu manifestasi yg ‘halus’, bijaksana dan unggul, IA ADALAH NILAI yg harus berdampingan dlm memanusiakan manusia. Juga, apabila kita melihat ‘budaya’ itu sebagai suatu terjemahan perkara2 berkaitan kepercayaan dan amalan yg telah bersebati dlm masyarakat majmuk negara ini, IA ADALAH NILAI yg amat perlu diambil kira dlm mencari titik temu sesebuah kestabilan perpaduan dan keharmonian.

Kerana dalamnya amat kaya dgn nilai-nilai adab, toleransi dan kaedah komunikasi yg boleh menjadi vitamin kemanusiaan yg rasanya semakin lama semakin ’layu’, termasuk sebagaimana yg telah ditunjukkan sendiri oleh mrk yg ingin mencari pengaruh dalam masyarakat, termasukkah olh sesetengah para seniman, pemuka masyarakat dan ahli politik.

Maka sudah sampai masanya sang Menteri yg bakal memegang jawatan berkaitan hal-hal seni dan kebudayaan (itupun kalau lah ada, atau tiada langsung?) dlm kabinet yg bakal diadakan nanti, benar-benar rasa bertanggung jawab dan ikhlas menyuntik nafas baru yg benar-benar mengambil kira hal yg kami suarakan ini. Ia samada dirujuk semula Dasar Kebudayaan Kebangsaan yg pernah kerajaan terdahulu pernah adakan, atau dirombak kpd suatu yg baharu, mengesankan dan bernilai lestari-masa-depan.

Kerana Seni dan Budaya adalah jauh lebih penting dari sekadar menjadi pelengkap ketika perasmian acara, penyedap halwa telinga dan mata, atau sekadar penarik kehadiran orang ke program yg diadakan semata-mata.

Sudah tahu dan percaya semata-mata tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yg menjadi perkiraannya ialah apakah langkah ANDA seterusnya?

Pernyataan ini TIDAK mewakili para seniman dan budayawan yg hanya melihat, mengamali dan mempercayai seni dan budaya hanya sebagai komoditi kebendaan, ikut-nafsu, plural agama dan hedonism semata-mata.

Ikhlas dan hormat takzim dari kami.

Manan Ngah
20 November 2022

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )