Konsert Kugiran Masdo dan The Changcuters pada 29 Disember ini

Konsert Kugiran Masdo dan The Changcuters pada 29 Disember ini

KUALA LUMPUR: Meskipun disampaikan dalam bahasa berbeza namun muzik menyatukan penggemar di seluruh dunia.

Gabungan kumpulan pemuzik terkenal, Kugiran Masdo dan The Changcuters dari Indonesia bakal menggamatkan suasana dengan himpunan lagu popular mereka, bulan depan.

Buat julung kalinya, Kugiran Masdo Empire (KME) selaku penganjur membawakan konsert ‘kolaborasi pecah’ gandingan Kugiran Masdo dan The Changcuters.

Wakil penganjur KME, Azanol atau lebih dikenali Putu Ceri memaklumkan pemilihan tarikh 29 Disember sebagai sebuah signifikan penutup tahun 2022 yang memperlihat industri muzik kembali rancak.

“Sebagai penganjur, KME mahu membawakan sebuah hiburan yang bersifat nusantara dan sangat berbesar hati kerana dapat menyatukan Masdo bersama The Changcuters.

“Ini melambangkan muzik tempatan atau dari negara jiran tidak ada beza jika kita saling menghargai, menyokong dan menghormati. Dengan dua genre muzik yang ‘gila gila’, disokong peminat yang sangat menjadi tulang belakang kelangsungan perjuangan kami, KME percaya Kugiran Masdo x The Changcuters akan mendapat sambutan,” katanya.

Mendapat kerjasama dari Homebois, HWlab dan Flavaco, konsert Kugiran Masdo x The Changcuters bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Disember depan.

Harga tiket bermula harga RM159 (Minami), RM179 (Berchanda), RM199 (Gila Gilaan), RM249 (Amore) dan RM799 (VIP Box) dan boleh dibeli di TAPAUasia.

sumber – Faida Rahim

hipz.my

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)