KUASA VETO MAJLIS KESELAMATAN PBB MESTI DICABAR, DIMANSUHKAN – MOHAMAD HASAN

HomeFeaturedBerita Semasa

KUASA VETO MAJLIS KESELAMATAN PBB MESTI DICABAR, DIMANSUHKAN – MOHAMAD HASAN

NEW YORK,. Kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti dicabar dan pada akhirnya dimansuhkan bagi menangani kegagalan m

Gelombang haba landa Bangladesh, empat kematian dilaporkan
JPA buka permohonan program Dermasiswa B40
Kaedah baharu kenaikan pangkat suntikan moral warga PDRM, ATM – KPN

NEW YORK,. Kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti dicabar dan pada akhirnya dimansuhkan bagi menangani kegagalan majlis berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata memperluaskan keanggotaan majlis itu sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan kepincangannya, sambil menegaskan penggunaan veto mesti dipersoalkan dan dicabar sekeras-kerasnya oleh setiap anggota Perhimpunan Agung PBB (UNGA), terutamanya dalam kes melibatkan jenayah terhadap kemanusiaan.

“Penggunaan kuasa veto mesti dipersoalkan dan dicabar sekeras-kerasnya oleh setiap anggota Perhimpunan Agung ini. Terutamanya dalam kes jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya semasa menyampaikan kenyataan negara pada Debat Umum UNGA ke-81 di sini pada Sabtu.

Mohamad berkata Resolusi 76/262 telah pun mewujudkan saluran kebertanggungjawaban antara Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung.

“Kita mesti memanfaatkan sepenuhnya Resolusi ini sebagai landasan ke arah kebertanggungjawaban yang lebih besar berhubung penggunaan kuasa veto,” katanya.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa mesti memulakan usaha dari sekarang untuk melakukan pembaharuan dalam Majlis Keselamatan.

“Memperluaskan keanggotaan Majlis ini sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan kegagalannya. Kuasa veto inilah yang mesti dicabar, dan kuasa veto inilah yang mesti dihapuskan. Kita mesti memulakan usaha ini sekarang,” katanya.

Mohamad berkata masih ada masa untuk menyelamatkan orde global, sambil menegaskan kebuntuan dalam Majlis Keselamatan tidak sepatutnya membawa kepada kebuntuan PBB.

Beliau turut menekankan defisit kepercayaan yang semakin meningkat dihadapi PBB, dengan menyatakan kepercayaan hanya boleh dipulihkan melalui tindakan konkrit, termasuk memastikan undang-undang antarabangsa ditegakkan dan masyarakat di seluruh dunia terus percaya bahawa suara mereka tetap penting.

Majlis Keselamatan PBB merupakan badan utama PBB yang menangani keamanan dan keselamatan antarabangsa, dianggotai 15 ahli, termasuk lima anggota tetap yang mempunyai kuasa veto.

Mohamad berada di New York dari 23 hingga 27 Sept bagi mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

— BERNAMA