
La Liga bersambung 11 Jun
MADRID,. Liga Sepanyol akan bersambung selepas perintah berkurung akibat COVID-19 selama tiga bulan bermula 11 Jun dengan pertembungan tetangga Seville, dan musim 2020-2021 akan bermula pada 12 September, kata Majlis Sukan Sepanyol, awal pagi tadi.
Majlis berkenaan mengeluarkan kenyataan berkata Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) dan La Liga sudah bersetuju dengan format bagi baki 11 perlawanan dua divisyen teratas Sepanyol.
Katanya, musim sepatutnya dilengkapkan pada 19 Julai, “bergantung kepada evolusi pandemik.”
Perlawanan akan bermula pada Khamis, 11 Jun menerusi pertemuan Betis dan Sevilla.
Baki saingan lain akan bersambung pada hujung minggu 13 dan 14 Jun.
Awal pagi semalam, Javier Tebas yang juga presiden liga memberitahu Marca: “Perkara paling penting ialah mengetahui penamat musim 2019-20. Musim seterusnya akan bermula 12 September.”
Kerajaan Sepanyol minggu lalu memberikan lampu hijau untuk kembali memulakan La Liga bermula pada minggu 8 Jun. – AFP