LIMA’25 Tonjol Daya Saing Teknologi Tempatan, Tarik Minat Global

LIMA’25 Tonjol Daya Saing Teknologi Tempatan, Tarik Minat Global

LANGKAWI, 20 Mei – Edisi terkini LIMA 2025 bakal menjadi platform paling komprehensif dalam sejarah penganjurannya, menghimpunkan 860 pempamer, termasuk penyertaan terbesar syarikat tempatan dan antarabangsa dalam sektor aeroangkasa dan pertahanan.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tema pameran kali ini — “Inovasi Hari Ini, Pencapaian Masa Hadapan” — memfokus kepada keupayaan negara membangunkan teknologi secara berdikari, khususnya melalui syarikat tempatan yang kini semakin matang.

“Daripada pembangunan kenderaan perisai 4×4 hingga kerjasama dalam teknologi satelit dan AI, semua ini menunjukkan Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri,” ujarnya.

LIMA’25 turut menarik delegasi rasmi dari 46 negara, membuka peluang kerjasama baharu dalam bentuk pelaburan dan pemindahan teknologi, selain penandatanganan beberapa MoU penting sepanjang acara berlangsung.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )