
Malaysia lokasi penting pelaburan Sweden, 97 projek setakat 2024 – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,. Malaysia merupakan antara lokasi penting bagi pelaburan Sweden dengan mencatat sebanyak 97 projek perkilangan setakat 2024 yang bernilai RM7.77 bilion.
Ketika berkongsi pencapaian itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelaburan itu juga telah mewujudkan sebanyak 5,982 peluang pekerjaan.
“Pada tahun lepas, nilai dagangan dua hala kita mencecah RM3.58 bilion, bukti kukuhnya kerjasama ekonomi Malaysia-Sweden,” kata beliau dalam catatan terbaharunya di laman sosial X yang juga sebagai mengalu-alukan kehadiran Duta Besar baharu Sweden ke negara ini, Niklas Wiberg.
“Kita harap hubungan ekonomi Malaysia dan Sweden akan terus berkembang demi manfaat bersama,” katanya.
— BERNAMA