Masters Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Masters Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir

KUALA LUMPU,. Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke separuh akhir Masters Jepun 2025 hari ini.Pilihan kedua kejohanan

BNM dijangka kekalkan OPR 2.75 peratus sepanjang 2026
All England 2026: Aaron-Wooi Yik bakal bertemu rakan senegara Wei Chong-Kai Wun pada suku akhir
Wakil pelbagai aliran pendidikan terima baik hasrat kerajaan wajibkan BM, Sejarah dalam SPM

KUALA LUMPU,. Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mara ke separuh akhir Masters Jepun 2025 hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu menumpaskan gandingan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan dalam perlawanan yang berlangsung hingga set penentuan di Kumamoto Prefectural Gymnasium.

Gandingan profesional negara itu menang 21-16 di set pertama sebelum tewas 10-21 set kedua, sebelum memuktamadkan kemenangan 21-16 dalam pertarungan suku akhir berlangsung 46 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin akan berdepan pemenang daripada pertembungan antara satu lagi pasangan negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menentang wakil tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita.

— BERNAMA