Messi nafi jamin Ronaldinho, pindah ke Inter

Messi nafi jamin Ronaldinho, pindah ke Inter

BARCELONA,. Penyerang Barcelona Lionel Messi menafikan laporan yang mendakwa dia akan menyertai Inter Milan pada musim panas ini, serta dia membayar wang jaminan untuk membebaskan bekas rakan sepasukannya Ronaldinho dari penjara.

Messi dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Serie A itu sepanjang minggu lalu, tetapi penyerang Argentina itu menolak kesahihan laporan berkenaan.

Di laman Instagramnya, pemenang enam kali Ballon d’Or itu memuat naik salinan laporan berkenaan, yang turut mendakwa dia membayar wang jaminan Ronaldinho selepas pemain Brazil itu dibebaskan dari penjara Paraguay minggu ini.

“Pembohongan nombor satu,” tulis Messi di atas imej berkenaan, yang mengatakan dia akan ke Inter bersama Thiago Almeida.

Di bawahnya, di mana terdapat laporan yang mengatakan wang jaminan Ronaldinho sejumlah AS$1.6 juta (RM6.9 juta) dibayar oleh akaun dari Barcelona yang dipersoalkan sama ada Messi di belakangnya, dia menulis: “Pembohongan kedua.

“Apa yang mereka perkatakan di dalam media yang sama berkenaan (kepulangannya ke) Newell beberapa minggu lalu juga palsu. Mujur tiada siapa yang mempercayai mereka.” – AGENSI

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )