MotoGP: Hakim Danish raih tempat ke-10 di GP Brazil

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

MotoGP: Hakim Danish raih tempat ke-10 di GP Brazil

KUALA LUMPUR,. Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli, menamatkan saingan Grand Prix (GP) Brazil di kedudukan ke-10 sekali gus meneruskan re

Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang – PTD
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi

KUALA LUMPUR,. Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli, menamatkan saingan Grand Prix (GP) Brazil di kedudukan ke-10 sekali gus meneruskan rentak konsisten dengan satu lagi keputusan positif dalam kempen musim ini.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu memulakan perlumbaan dari petak ketiga selepas mempamerkan aksi cemerlang pada sesi kelayakan, pada Sabtu.

Bagaimanapun, perlumbaan terpaksa dihentikan pada pusingan ke-15 daripada 24 pusingan susulan kemalangan yang berlaku.

Perlumbaan yang bermula dengan penyertaan 24 pelumba itu menyaksikan hanya 12 pelumba kembali bersaing dalam lima pusingan penentuan selepas insiden berkenaan.

Perlumbaan dimenangi pelumba Sepanyol, Máximo Quiles, yang menewaskan Marco Morelli dari Argentina dengan kelebihan tipis 0.143 saat (s).

Tempat ketiga menjadi milik pelumba Indonesia, Veda Pratama, yang menamatkan perlumbaan 1.650s di belakang juara.

— BERNAMA