Neelofa letak jawatan pengarah Airasia

Neelofa letak jawatan pengarah Airasia

KUALA LUMPUR,. AirAsia Bhd hari ini mengumumkan aktres dan pengacara televisyen (TV), Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos lalu, daripada Neelofa, hari ini.

Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan ‘komitmen peribadi lain’ sebagai alasan peletakan jawatan beliau.

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)