Niaga hadapan MSM ditutup rendah

Niaga hadapan MSM ditutup rendah

KUALA LUMPUR,. Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang sempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata para peniaga.

Seorang peniaga David Ng berkata sentimen global yang lemah juga terus menekan harga komoditi itu.

“Paras sokongan untuk harga MSM berada di antara RM2,120 dan RM2,250 setan metrik,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak bulan semerta Jun 2020 turun RM36 kepada RM2,240 setan metrik, Julai 2020 susut RM37 kepada RM2,189 setan metrik, Ogos 2020 berkurang RM40 kepada RM2,167 setan metrik, dan September 2020 merosot RM31 kepada RM2,176 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 52,091 lot daripada 42,784 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka naik kepada 262,459 kontrak daripada 249,817 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, June Selatan naik RM9 kepada RM2,191 setan metrik.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)