
Pemain Bintang Arsenal Langar Perintah Berkurung
LONDON,. Empat bintang Arsenal menjadi kelompok terbaharu pemain Liga Perdana melanggar perintah berkurung kerajaan berikutan COVID-19.
Pemain dengan rekod pembelian kelab, Nicolas Pepe dirakam bersama ramai rakannya di utara London sebelum ia dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.
Rakan sepasukan Gunners, David Luiz dan Granit Xhaka juga dilihat bersama di sebuah taman dekat Southgate.
Dan Alexandre Lacazette juga dilihat berdiri di sebelah seorang lelaki di tepi jalan yang diminta mencuci kereta Audi miliknya.
Pemain sayap Ivory Coast, Pepe juga berkongsi dia bersama rakan melakukan beberapa aktiviti di Instagram.
Malam tadi, jurucakap Arsenal memberitahu The Sun: “Terima kasih kerana memberitahu kami. Kami akan bercakap dengan pemain kami.
“Kami bimbang jadi kami bercakap dengan Nicolas yang berkongsi rumah dengan beberapa saudaranya yang terbabit dalam aktiviti itu.
“Kami mengingatkan mereka mengenai kepentingan untuk semua orang mengikut peraturan.”
Pepe menyertai permainan itu di padang tiruan dekat Graham Park, Colingdale pada 15 April.
Polis kemudian menutup padang itu kerana aduan orang ramai.
Kejadian membabitkan Luiz dan Xhaka berlaku Selasa lalu dekat padang Oakwood Station di Southgate, utara London. – Agensi