Penumpang saman kapal Grand Princess

Penumpang saman kapal Grand Princess

WILMINGTON,. Sepasang suami isteri dari Florida yang merupakan penumpang kapal persiaran Grand Princess yang dikaitkan dengan wabak COVID-19 telah menyaman pemilik kapal itu lebih AS$1 juta (RM4.2 juta) kerana meletakkan kesihatan mereka dalam situasi berisiko, mengikut saman yang difailkan di mahkamah semalam.

Ronald dan Eva Weissberger dari Broward County, Florida menyaman Princess Cruise Lines Ltd, anak syarikat Carnival Corp, mendakwa syarikat itu telah menyebabkan mereka mengalami kecemasan dan trauma emosi kerana mereka takut akan menyebarkan penyakit COVID-19.

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di Los Angeles.

Grand Princess berlabuh di Oakland, California, semalam yang mana 2,400 penumpangnya boleh turun dan dibawa ke kuarantin.

Kapal itu telah dikaitkan dengan 12 kes COVID-19 dari pelayarannya ke Mexico sebelum itu.

Carnival Corp tidak segera bertindak balas terhadap permintaan untuk memberi komen. – REUTERS

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )