Penyanyi popular Indonesia Glenn Fredly meninggal dunia

Penyanyi popular Indonesia Glenn Fredly meninggal dunia

JAKARTA, 8 April — Penyanyi popular Indonesia, Glenn Fredly meninggal dunia di Rumah Sakit Fatmawati di Jakarta hari ini.  Glenn, 44, yang juga terkenal di Malaysia menerusi lagu popular “Januari”, dilaporkan menghembus nafas terakhirnya pada 6 petang tadi. Menurut agensi berita Antara dan media tempatan lain, punca kematian penyanyi kelahiran Jakarta  itu masih belum diketahui.

Penyanyi itu dilaporkan terjatuh di apartmennya, sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )