PUTRAJAYA,. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli
PUTRAJAYA,. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut
“Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Khamis, 19 Februari 2026.”
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Proses melihat anak bulan Ramadan pada petang hari ini melibatkan 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Menara Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan, serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, KUALA LUMPUR
–GERBANGPOST

