Peranan pekerja penting pacu ekonomi, pelihara kestabilan negara – Agong

HomeFeaturedBerita Semasa

Peranan pekerja penting pacu ekonomi, pelihara kestabilan negara – Agong

KUALA LUMPUR,. Peranan pekerja amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memastikan kestabilan serta kemakmuran negara terus terpelihara walau

Selangor semak semula pakej pengurusan mayat bukan Islam
Selangor cadang lanjutkan TMS 2025, seiring Tahun Melawat Malaysia 2026
GEMPA BUMI SEDERHANA LANDA PAPUA BARAT

KUALA LUMPUR,. Peranan pekerja amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memastikan kestabilan serta kemakmuran negara terus terpelihara walaupun berdepan cabaran ketika ini, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah kebajikan pekerja perlu sentiasa diberi perhatian termasuk aspek keselamatan, keseimbangan kehidupan dan peluang pembangunan kerjaya supaya mereka terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan para pekerja dalam pelbagai sektor, sama ada di peringkat awam mahupun swasta,” menurut hantaran itu.

Seri Paduka Baginda berdua juga mendoakan agar seluruh pekerja di negara ini sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dalam menjalankan tugas masing-masing.

–BERNAMA