PM Anwar hargai komitmen parti gabungan Kerajaan MADANI kekal hingga tamat penggal – Fahmi

HomeFeaturedPolitik

PM Anwar hargai komitmen parti gabungan Kerajaan MADANI kekal hingga tamat penggal – Fahmi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada parti-parti gabungan dalam Kerajaan MADANI atas komitme

Moto3: Hakim Danish buka tirai musim 2026 di tangga ke-18
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan
JENAMA AUTOMOTIF PERTAMA ARAB SAUDI CEER PERKENAL EV

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada parti-parti gabungan dalam Kerajaan MADANI atas komitmen mereka untuk terus kekal bersama sehingga berakhir penggal pentadbiran kerajaan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata penghargaan itu dizahirkan perdana menteri semasa mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, khususnya kepada Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Komitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan kepada kepentingan rakyat dan negara, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan penuh kepada usaha menangani cabaran ekonomi susulan krisis di Asia Barat serta memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di Angkasapuri di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut menghargai inisiatif Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) melaksanakan kaji selidik bagi mengenal pasti cabaran dan isu khusus yang dihadapi pelbagai sektor dan industri dalam kalangan ahlinya.

Beliau berkata dapatan kaji selidik berkenaan akan membantu kerajaan merangka serta menyelaraskan pelbagai inisiatif secara lebih strategik, berfokus dan berkesan.

“Langkah ini penting bagi memastikan isu serta permasalahan industri dapat ditangani secara menyeluruh, tuntas dan mampan,” katanya.

SUMBER;

–BERNAMA