PRESIDEN IRAN KE NEW YORK HADIRI PERHIMPUNAN AGUNG PBB

HomeFeaturedBerita Semasa

PRESIDEN IRAN KE NEW YORK HADIRI PERHIMPUNAN AGUNG PBB

TEHRAN,. Presiden Iran Masoud Pezeshkian akan berlepas ke New York pada Selasa untuk menghadiri sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa

ANCAMAN SIBER BERKEMBANG SEPANTAS AI, ORGANISASI PERLU JADIKAN KESELAMATAN SIBER KEUTAMAAN STRATEGIK
MTN tekankan usaha perkukuh kawal selia tanah, lindungi kepentingan rakyat – PM
SEMUA SYARIKAT PENERBANGAN IRAN HENTI OPERASI DI SELURUH DUNIA MULAI 23 SEPT – AS

TEHRAN,. Presiden Iran Masoud Pezeshkian akan berlepas ke New York pada Selasa untuk menghadiri sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik Jabatan Perhubungan Awam Pejabat Presiden.

Ketua Pengarah Habibollah Abbasi memberitahu IRNA pada Isnin bahawa Pezeshkian akan berucap pada Perhimpunan Agung PBB dan mengadakan pertemuan dengan beberapa ketua negara serta pegawai kanan yang menghadiri perhimpunan itu.

Presiden Iran itu turut dijadualkan bertemu rakyat Iran yang menetap di luar negara, selain golongan intelektual Amerika Syarikat (AS) dan wakil badan pemikir negara itu, kata Abbasi.

Sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB dibuka pada 8 Sept dengan tema “Memulihkan Kepercayaan, Mengurus Transformasi: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang Memberi Manfaat kepada Semua”.

Perbahasan Umum peringkat tinggi dijadual bermula pada 22 Sept, dengan Pezeshkian dijangka menyampaikan ucapannya pada Rabu, 23 Sept.

AS meluluskan visa untuk Pezeshkian dan Menteri Luar Abbas Araghchi bagi menghadiri perhimpunan itu.

— BERNAMA-IRNA