Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS Sebanyak 3,000 kenderaan menerima magnet Jalur Gemilang

HomeFeaturedBerita Semasa

Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS Sebanyak 3,000 kenderaan menerima magnet Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 3,000 kenderaan di seluruh negara menerima magnet Jalur Gemilang secara percuma hari ini menerusi Program Ekspresi Jalur Gemil

MOTAC gesa perkasa budaya ‘Mesra Malaysia’ lindungi imej negara – Tiong
Inisiatif NTIS percepat pengkomersialan teknologi halal tempatan
Pakistan, Malaysia setuju teruskan usaha keamanan di Asia Barat

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 3,000 kenderaan di seluruh negara menerima magnet Jalur Gemilang secara percuma hari ini menerusi Program Ekspresi Jalur Gemilang JAPEN@PETRONAS yang berlangsung serentak di 15 stesen PETRONAS terpilih bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan.

Program anjuran Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) itu adalah sebahagian daripada usaha mempergiat Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG), dengan kerjasama strategik tahun ini secara khusus dijalinkan bersama PETRONAS.

Menerusi pengisian yang diperluas tahun ini, magnet Jalur Gemilang diberikan kepada 200 kenderaan terawal pada setiap stesen terlibat, sekali gus membawa kempen mengibarkan bendera kebangsaan lebih dekat dengan kehidupan seharian masyarakat.

Di Kuala Lumpur, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil turut memasang magnet Jalur Gemilang pada kenderaan orang awam di Stesen PETRONAS Lebuhraya Baru Pantai (NPE) Pantai Dalam sebagai simbolik menyokong Kempen 1R1JG.

Fahmi berkata penggunaan magnet Jalur Gemilang merupakan penambahbaikan pada tahun ini, susulan maklum balas orang ramai yang lebih menggemari kaedah yang mudah dipasang dan ditanggalkan dengan mudah tanpa melekat terus pada kenderaan.


Sementara itu, di Kelantan, Pengarah JAPEN negeri Ahmad Ammar Othman berkata penggunaan magnet membolehkan Jalur Gemilang dipasang dengan kemas dan selamat pada kenderaan, sekali gus memudahkan orang ramai menzahirkan semangat cintakan negara.

“Turut diadakan penyerahan Jalur Gemilang kepada agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri serta pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang X JAGO dari Tumpat ke Kota Bharu, yang akan berakhir pada 14 Ogos ini,” katanya di Stesen PETRONAS Chetok, di sini hari ini.

Di Negeri Sembilan, Pengarah JAPEN negeri Mohd Sabri Abdullah berkata edaran berkenaan selain menggalakkan masyarakat memeriahkan sambutan HKHM, malah pada masa yang sama beliau menyeru rakyat supaya tidak menunggu saat akhir mengibarkan Jalur Gemilang.

“Pihak kami akan turut mempergiat pelbagai program di lapangan dan komuniti bagi meningkatkan semangat patriotik serta kesedaran masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang termasuk melalui program Jiwa@Komuniti MADANI,” katanya.

Di Pulau Pinang, tinjauan di Stesen PETRONAS Sungai Dua arah selatan mendapati orang ramai teruja menerima magnet Jalur Gemilang itu yang diedarkan bermula 10.30 pagi, sambil menyifatkannya sebagai kelainan berbanding sebelum ini dan berharap inisiatif itu diteruskan pada masa akan datang.

Pengarah JAPEN negeri Hasmiza Hussin berkata sebanyak 14 petugas terlibat dalam program itu, manakala usaha menyemarakkan sambutan HKHM akan diteruskan menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri dan komuniti setempat, termasuk pengedaran Jalur Gemilang di beberapa kawasan terpilih.

Di Terengganu, seorang pekerja swasta Puteri Izzatul Khaisara Che Hasnul, 34, berkata JAPEN perlu memperbanyak program atau aktiviti kemerdekaan termasuk di kawasan pedalaman bagi menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

“Program seumpama ini sepatutnya diadakan sepanjang masa bukannya bermusim. Sekarang ini sambutan merdeka sudah tidak semeriah dahulu. Kibaran Jalur Gemilang di rumah dan bangunan kedai juga semakin berkurang. Usaha JAPEN bagus, cuma perlu diperkasakan,” katanya.

Di Sarawak, Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) negeri Sabri Said menyeru orang ramai supaya memastikan Jalur Gemilang dipasang mengikut tatacara yang betul bagi mengelakkan kesilapan seperti memasangnya secara terbalik.

Beliau berkata selain memastikan lambang, warna dan simbol Jalur Gemilang dipasang dengan betul, orang ramai juga perlu berhati-hati menggunakan kecerdasan buatan (AI) agar imej bendera yang dihasilkan tidak menyalahi tatacara ditetapkan.

Di Perlis, program di Stesen PETRONAS Behor Temak, Kangar mendapat sambutan baik apabila orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan magnet Jalur Gemilang untuk dipasang pada kenderaan masing-masing.

Pengarah JAPEN negeri Aidatul Shima Che Hassan berkata program berkenaan menyokong agenda kenegaraan serta memperluas penyampaian mesej patriotisme dan semangat cintakan negara kepada masyarakat.

Program sama turut diadakan di Kedah dan Perak dengan Jalur Gemilang terus menjadi simbol kebersamaan masyarakat dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan, sekali gus mencerminkan semangat cintakan negara yang terus subur dalam kalangan rakyat.

SUMBER;

–BERNAMA