
R9 lebih baik – Jose Mourinho
LONDON,. Jose Mourinho tidak percaya Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi adalah pemain bola sepak terbaik pernah hadir dalam permainan cantik itu.
Sebaliknya, pengurus Tottenham itu memilih seorang lagi Ronaldo, ikon Brazil yang disifatkannya lebih baik berbanding rakan senegaranya dan legenda Argentina itu.
Sebelum Ronaldo dan Messi menguasai arena global dengan bola sepak mereka, Ronaldo – pemain dikenali sebagai R9 – adalah yang terbaik.
Pemain Brazil itu menang Piala Dunia sebanyak dua kali dan mengumpul dua trofi Ballon d’Or sepanjang karier gemilang
bersama Real Madrid dan Barcelona, namun gagal meraih kejayaan dalam Liga Juara-Juara.
Malang buat Ronaldo, kecederaan lutut serius menyebabkan dia tidak dapat meneruskan karier dan dia tidak mempunyai karier panjang seperti dinikmati Messi atau Cristiano.
Mourinho sempat mengenali pemain Brazil itu secara dekat ketika dia bertugas di bawah kendalian bos legenda, Bobby Robson sebagai juru bahasa di Barcelona dengan ia meninggalkan kesan serius kepada pengendali dari Portugal itu.
Mourinho memberitahu LiveScore: “Ronaldo, El Fenomeno. Cristiano Ronaldo dan Leo Messi ada karier yang lama, mereka kekal di atas setiap hari selama 15 tahun.
“Bagaimanapun jika kita bercakap hanya mengenai bakat dan kemahiran, tiada siapa mengatasi Ronaldo.
“Ketika dia di Barcelona bersama Bobby Robson, saya menyedari bahawa dia adalah pemain terbaik saya pernah lihat di padang.
“Kecederaan membunuh kariernya yang boleh menjadi lebih hebat, tapi bakat dimiliki budak berusia 19 tahun itu sesuatu yang menakjubkan.” – Agensi