HomeFeaturedBerita Semasa

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa enam negeri

KUALA LUMPUR,. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang serta Sabah dan Sara

BANJIR THAILAND JEJAS 2.6 JUTA PENDUDUK, 22 TERKORBAN
Starmer kata tak akan ‘tunduk’ kepada tekanan Trump sertai perang Iran
MMM usaha seragamkan sistem pengurusan aduan media, perkukuh penglibatan industri

KUALA LUMPUR,. Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang serta Sabah dan Sarawak hingga 4 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan dijangka terjejas di Kedah ialah Sik dan Baling manakala di Pulau Pinang melibatkan daerah Barat Daya serta Timur Laut.

Di Perak, cuaca buruk diramal berlaku di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar manakala di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron.

Bagi Sabah pula, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Beaufort) sementara di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei serta Meradong) dan Mukah.

— BERNAMA