Ringgit dibuka rendah pada pagi ini

HomeFeaturedBusiness

Ringgit dibuka rendah pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dipengaruhi faktor luaran apabila ketegangan geopolitik yang

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS,tinggi berbanding mata wang serantau
Ringgit dibuka bercampur – campur pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dipengaruhi faktor luaran apabila ketegangan geopolitik yang mereda meningkatkan permintaan terhadap mata wang AS.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 3.9510/9610 berbanding dolar AS daripada 3.9440/9535 semasa ditutup pada Khamis.

Menurut laporan media, AS dan Iran dijadual mengadakan rundingan di Oman pada Jumaat susulan insiden dron Iran yang ditembak jatuh pada awal minggu ini.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, berkata data pasaran buruh AS yang lebih lemah, termasuk penurunan jumlah kekosongan pekerjaan, peningkatan pemberhentian pekerja dan tuntutan faedah pengangguran yang tinggi, telah mendorong permintaan terhadap bon Perbendaharaan AS sekali gus menurunkan hasilnya.

“Bagaimanapun, ketiadaan petunjuk jelas mengenai pelonggaran dasar Rizab Persekutuan (Fed) telah mengekalkan sokongan terhadap dolar AS apabila pasaran mengambil kira kelembapan pertumbuhan tanpa perubahan dasar yang pantas.

“Perkembangan ini mengekalkan kedudukan defensif dolar, sekali gus mengehadkan potensi pengukuhan ringgit dalam tempoh jangka pendek walaupun keadaan makroekonomi domestik kekal stabil,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Presiden Bank Rizab Persekutuan Atlanta, Raphael Bostic, mengekalkan pendirian menyokong kadar faedah tinggi bagi mengawal inflasi, dengan menegaskan keperluan mengekalkan dasar monetari yang ketat.

“Pandangan yang menyokong kadar faedah tinggi dalam kalangan pegawai kanan Fed terus memberi sokongan kepada dolar AS,” katanya.

Dalam urus niaga awal, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama. Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3418/3553 daripada 5.3496/3625, namun susut berbanding yen Jepun kepada 2.5199/5265 daripada 2.5068/5130 dan rendah berbanding euro kepada 4.6527/6645 daripada 4.6460/6572.

Ringgit turut diniagakan lemah berbanding kebanyakan mata wang ASEAN. Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.4074/4458 daripada 12.3955/4320, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 234.5/235.3 daripada 234.1/234.8, menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.0969/1052 daripada 3.0943/1020 serta susut berbanding peso Filipina kepada 6.73/6.75 daripada 6.72/6.74.

–BERNAMA