KUALA LUMPUR,. Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, iaitu Keyfield Resolute Sdn Bhd memeterai kontrak pembinaan kapal bernilai AS$18
KUALA LUMPUR,. Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, iaitu Keyfield Resolute Sdn Bhd memeterai kontrak pembinaan kapal bernilai AS$18 juta (RM70.7 juta) dengan Jiangsu Shunhong Marine Technology Co Ltd.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Keyfield berkata kontrak tersebut melibatkan pembinaan sebuah kapal baharu diesel-elektrik seberat 90 tan metrik (MT) jenis Dynamic Positioning 2 ‘anchor handling tug supply’ (DP2 AHTS).
“DP2 AHTS baharu ini merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk memperuntukkan lebih banyak sumber dan meningkatkan pendedahan dalam segmen AHTS, sambil mengekalkan kekuatan teras kami dalam kapal kerja penginapan, sejajar dengan pengembangan sewaan antarabangsa kami, khususnya di Asia Barat,” katanya.
Kumpulan itu berkata. armada AHTS sedia ada kini terikat dengan sewaan jangka panjang, dan kapal baharu tersebut akan menambah kapasiti yang tersedia serta membolehkan kumpulan meneroka peluang tender baharu dan sewaan spot tanpa menjejaskan komitmen sedia ada.
Keyfield bercadang membiayai pembinaan DP2 AHTS baharu itu melalui gabungan tunai dalaman dan baki hasil sukuk yang belum digunakan berjumlah kira-kira RM45 juta.
Kumpulan itu berkata, disebabkan tempoh masa yang diperlukan untuk membina kapal berkenaan, syarikat mungkin hanya dapat mengerakkannya untuk operasi piagam kapal sekitar tahun 2027 atau 2028.
Dari segi kesan kewangan, Keyfield berkata langkah tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan selepas kapal itu digunakan dalam perniagaan sewaan, namun ia tidak akan menjejaskan modal saham terbitan syarikat atau pegangan saham pemegang saham utama.
-BERNAMA

