Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit meningkat 25 mata asas berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi Jumaat ini, didorong oleh minat belian diperbaharui, kata seorang peniaga.

Pada 9.03 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.1830/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1855/1870 pada penutupan urus niaga petang Khamis.

Seorang peniaga berkata sentimen positif masih ada di pasaran tempatan kerana pelabur kekal yakin dengan asas-asas negara dan selain itu, Lembah Klang juga akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara, bermula hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil berdasarkan kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0764/0796 berbanding 3.0760/0775 daripada penutupan semalam dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6266/6319 daripada 5.6308/6328 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8372/8418 daripada 4.8531/8548 semalam dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.7553/7592 daripada 3.7394/7407. – Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )