Ringgit diniagakan bercampur – campur pada pagi ini

HomeFeaturedBusiness

Ringgit diniagakan bercampur – campur pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur terus

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi pada pagi ini
Inflasi rendah, ekonomi stabil dijangka dorong BNM kekalkan OPR sepanjang 2026

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur terus berhati-hati susulan peningkatan semula ketegangan konflik di Asia Barat yang menjejaskan harapan terhadap perjanjian damai antara AS dan Iran.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada paras 3.9100/9200 berbanding dolar AS daripada 3.9070/9115 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal mendatar pada sekitar 98 mata apabila peserta pasaran menunggu data pekerjaan terkini AS diumumkan.

Sementara itu, beliau berkata ringgit ditutup mengukuh 0.42 peratus kepada RM3.9093 berbanding dolar AS semalam selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

“Mereka kekal yakin bahawa asas ekonomi yang kukuh dan dasar ekonomi yang baik akan membantu ekonomi negara mengekalkan momentum pertumbuhannya.

“Oleh itu, OPR yang stabil akan bersifat positif kepada ringgit. Sehubungan itu, mata wang tempatan dijangka kekal pada RM3.90 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan dagangan, ringgit turut mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.5872/5989 daripada 4.5978/6031 semasa ditutup semalam, naik berbanding pound Britain kepada 5.3004/3140 daripada 5.3202/3263, serta mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.4925/4990 daripada 2.4982/5013 sebelumnya.

Ringgit juga kebanyakannya diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0807/0890 daripada 3.0861/0901 semalam dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1098/1479 daripada 12.1486/1687 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 225.5/226.2 daripada 225.4/225.0 dan berubah sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.47/6.49 daripada 6.46/6.48 sebelum ini.