Singapura tubuh Agensi Angkasa Nasional

HomeFeaturedBerita Semasa

Singapura tubuh Agensi Angkasa Nasional

SINGAPURA,. Singapura sedang menubuhkan Agensi Angkasa Nasional (NSAS) bagi memajukan keupayaan teknologi angkasa lepas dan merebut peluang dalam ekon

ANGKA KORBAN BANJIR NEPAL MENINGKAT KEPADA 903, LEBIH 4,200 MASIH HILANG
Agong berkenan hulur kurniaan peribadi bantu mangsa kebakaran di Sandakan
MINDEF kenal pasti empat negara berpotensi bekal NSM – Mohamed Khaled

SINGAPURA,. Singapura sedang menubuhkan Agensi Angkasa Nasional (NSAS) bagi memajukan keupayaan teknologi angkasa lepas dan merebut peluang dalam ekonomi angkasa global yang berkembang pesat.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, NSAS yang akan mula beroperasi pada 1 April 2026, mencerminkan komitmen Singapura untuk menjadi peneraju dalam teknologi dan perkhidmatan angkasa, disokong oleh lokasinya yang strategik serta keupayaan teknologi yang kukuh.

“Teknologi dan keupayaan angkasa adalah kritikal bagi ekonomi Singapura yang terbuka dan mempunyai ketersambungan tinggi, sekali gus menyokong fungsi penting seperti kesalinghubungan digital, navigasi, pemantauan maritim dan daya tahan iklim.

Kekuatan Singapura dalam pembuatan termaju, aeroangkasa, mikro-elektronik, kejuruteraan jitu dan kecerdasan buatan (AI) meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk meraih peluang baharu dalam sektor teknologi angkasa,” katanya.

Menurut MTI, NSAS akan menerajui usaha Singapura untuk memanfaatkan sepenuhnya nilai dan peluang ekonomi angkasa global yang diunjurkan mencecah US$1.8 trilion menjelang 2035.

NSAS akan mengambil alih dan memperkukuh fungsi sedia ada Pejabat Teknologi dan Industri Angkasa Singapura (OSTIn) bagi memantapkan ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D), membangunkan industri angkasa serta memajukan perkongsian antarabangsa.

Agensi itu juga akan memikul fungsi baharu untuk membangun dan mengendalikan keupayaan angkasa kebangsaan Singapura, selain merangka perundangan serta peraturan yang menyokong inovasi dan perniagaan sambil memastikan keselamatan serta kelestarian angkasa lepas.

MTI turut menekankan bahawa Singapura kini menjadi pangkalan kepada kira-kira 70 syarikat angkasa yang menggaji sekitar 2,000 profesional dalam pelbagai peranan merentasi rantaian nilai, daripada reka bentuk dan pembuatan komponen angkasa hingga kepada penyediaan perkhidmatan berasaskan satelit.

“Kami juga telah menjalinkan kerjasama dengan agensi angkasa antarabangsa termasuk Agensi Angkasa Eropah, Pusat Promosi dan Kebenaran Angkasa Kebangsaan India (IN-SPACe), Agensi Angkasa UAE serta Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa Thailand,” katanya.

–BERNAMA