HomeFeaturedBerita Semasa

Tekanan rendah di Selat Melaka, jangkaan hujan lebat di utara, barat Semenanjung – MetMalaysia

KUALA LUMPUR,. Satu sistem tekanan rendah yang terbentuk di Selat Melaka dan kini berada di kedudukan 5.4°U 98.3°T berhampiran perairan utara Semenanj

PETRONAS sahkan insiden di FSO Sepat, siasatan masih dijalankan
Penyertaan Malaysia dalam BRICS mampu perkukuh kedudukan dalam ekonomi dunia
EL NINO DIJANGKA MENJADI PALING KUAT DALAM REKOD – LAPORAN

KUALA LUMPUR,. Satu sistem tekanan rendah yang terbentuk di Selat Melaka dan kini berada di kedudukan 5.4°U 98.3°T berhampiran perairan utara Semenanjung dijangka menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora di beberapa negeri antara 23 hingga 25 November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Datuk Mohd Hisham Mohd Anip berkata sistem berkenaan hampir pegun dan dijangka bergerak ke arah barat laut menuju ke Teluk Benggala selepas tempoh 36 jam.

“Kemungkinan intensiti sistem ini untuk meningkat ke tahap siklon tropika lemah (Lekukan Tropika) adalah rendah. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di negeri-negeri utara dan barat Semenanjung pada 23 hingga 25 November,” katanya menerusi laman rasmi “X” MetMalaysia hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan kategori Bahaya, Buruk dan Waspada berkuat kuasa hingga 25 November, manakala amaran angin kencang dan laut bergelora di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor hingga 24 November.

MetMalaysia juga memaklumkan akan mengemas kini nasihat dan amaran berkenaan dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia serta talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

–BERNAMA