Tengku Amir sertai RMSIR 2025

HomeFeaturedBerita Semasa

Tengku Amir sertai RMSIR 2025

KLANG,. Sebanyak 28 pasukan dari pelbagai negara berentap dalam kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) ke-35, bermula hari ini.Pe

BELANJAWAN 2027: RM12.68 BILION PERKASA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR – KKDW
Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri hingga 7 malam ini
Trump mohon Mahkamah Agung benarkan sekatan undi pos menjelang pilihan raya

KLANG,. Sebanyak 28 pasukan dari pelbagai negara berentap dalam kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) ke-35, bermula hari ini.

Perlumbaan selama sembilan hari itu bermula dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Pangkor sebelum ke Pulau Pinang dan dijadualkan tamat di Pulau Langkawi.

Lebih menarik, perlumbaan tahun ini turut disertai Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi RMSIR Irsyad Ismail berkata penyertaan Tengku Amir, yang merupakan kali ketiga, akan menjadikan kejohanan tahun ini lebih menarik.

“Lebih menarik kejohanan ini akan turut disertai isteri baginda Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.

“Sukan layar ini juga sebenarnya satu hobi buat Raja Muda dan beliau sangat berminat dengan pelayaran,” katanya pada majlis perasmian RMSIR di Royal Selangor Yacht Club di sini semalam.

RMSIR yang mula dianjurkan pada 1990 ialah kejohanan kapal layar kedua tertua di Asia dan dianggap paling sukar di Asia Tenggara.

Kejohanan itu idea cetusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika baginda bergelar Raja Muda.

— BERNAMA