THAILAND SELARAS USAHA PERHEBAT PEMANTAUAN BANJIR, BANTUAN

HomeFeaturedBerita Semasa

THAILAND SELARAS USAHA PERHEBAT PEMANTAUAN BANJIR, BANTUAN

BANGKOK,. Kerajaan Thailand menyelaras usaha semua agensi berkaitan bagi memantau situasi banjir dengan lebih rapi serta mempercepat bantuan kepada pe

KDN masih kumpul maklumat berhubung dakwaan kultus Korea Selatan – Saifuddin Nasution
HALAL : HDC BAWA 15 PENGEKSPORT SERTAI FI SOUTH AMERICA, EKSPORT KE BRAZIL RM860.45 JUTA
Penduduk Malaysia pada suku pertama (S1) 2026 dianggarkan berjumlah 34.4 juta

BANGKOK,. Kerajaan Thailand menyelaras usaha semua agensi berkaitan bagi memantau situasi banjir dengan lebih rapi serta mempercepat bantuan kepada penduduk terjejas.

Timbalan Jurucakap Kerajaan Ploythalay Laksameesaengchan berkata Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Anutin Charnvirakul mengarahkan semua agensi berkaitan memantau keadaan sepanjang masa dengan mengutamakan bantuan dan keselamatan orang ramai.

“Kementerian Dalam Negeri mengarahkan semua gabenor wilayah memperhebat pemantauan dan pengurusan banjir secara proaktif, khususnya di kawasan rendah, sepanjang laluan air dan cerun serta lokasi yang pernah dilanda banjir,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata pejabat wilayah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) akan bertindak sebagai agensi penyelaras utama dengan bekerjasama bersama pihak berkuasa daerah dan sektor berkaitan bagi menyediakan anggota, jentera, pusat pemindahan serta bantuan kecemasan.

Ploythalay berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Jhetseth Thaiseut turut mengarahkan DDPM memantau hujan dan paras air secara berterusan, menggerakkan anggota serta jentera dan mengeluarkan amaran segera kepada komuniti terjejas.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Jurucakap Kerajaan, Lalida Persvivatana, berkata DDPM melaporkan banjir masih melanda 21 wilayah di seluruh negara, menjejaskan 27,109 isi rumah atau 84,605 penduduk setakat 7 pagi hari ini.

Beliau berkata banjir dilaporkan di 93 daerah, 350 subdaerah dan 1,425 kampung, dengan paras air secara keseluruhan menunjukkan trend penurunan, walaupun meningkat di Suphan Buri, Chachoengsao dan Sa Kaeo.

“Paras air kekal stabil di Nakhon Sawan, Phitsanulok, Lop Buri, Sing Buri, Nakhon Pathom, Phra Nakhon Si Ayutthaya, Prachin Buri dan Trat, manakala penurunan paras air direkodkan di Chiang Mai, Phetchabun, Uthai Thani, Saraburi, Pathum Thani, Samut Prakan, Chon Buri, Rayong, Chanthaburi dan Nakhon Ratchasima,” katanya.

Lalida berkata DDPM turut melaporkan air bertakung di 44 lokasi jalan raya di Bangkok, dengan pihak berkuasa terus memantau keadaan dengan rapi.

Kerajaan menggesa orang ramai kekal berwaspada dan mengikuti perkembangan serta pengumuman rasmi berkaitan banjir.

Penduduk di kawasan rendah dinasihatkan memindahkan barangan ke tempat lebih tinggi, mengelakkan perjalanan yang tidak perlu dan memeriksa keadaan jalan sebelum memulakan perjalanan.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan atau talian hotline DDPM 1784 yang beroperasi sepanjang masa.

— BERNAMA