PRN MELAKA: BN MULAKAN RUNDINGAN DENGAN DUA PIHAK MINGGU DEPAN – AHMAD ZAHID

HomeFeaturedPolitik

PRN MELAKA: BN MULAKAN RUNDINGAN DENGAN DUA PIHAK MINGGU DEPAN – AHMAD ZAHID

MELAKA,. Barisan Nasional (BN) akan memulakan rundingan dengan dua pihak pada minggu depan bagi membincangkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya

PRN Melaka: BN Melaka terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak
TARIKH BUBAR DUN MELAKA BELUM DITETAPKAN – AB RAUF
PRN Melaka: PDRM siap sedia, 3,150 anggota bakal ditugaskan

MELAKA,. Barisan Nasional (BN) akan memulakan rundingan dengan dua pihak pada minggu depan bagi membincangkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata perbincangan berkenaan akan diwakili Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Minggu depan, ibu pejabat (UMNO) telah mengaturkan dua perjumpaan yang berasingan pada tarikh dan waktu yang berbeza (dengan) dua kumpulan yang berlainan.

“Tentunya kita sebagai sebuah gabungan politik atas nama BN mahu melihat manfaat kepada negara dan khususnya kepada gabungan parti kita bagi jangka sederhana dan panjang ” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Musyawarah Nasional – Membongkar Polemik Tanah Melayu yang turut dihadiri Ab Rauf di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubar berkuat kuasa pada Rabu (23 Sept) lepas bagi memberikan laluan kepada PRN Melaka ke-16.

Dalam PRN yang diadakan pada 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (lima kerusi) dan Perikatan Nasional (dua kerusi).

— BERNAMA