Tiga prinsip, lima tonggak harus dipraktik warga tentera darat, kata Zamrose

Tiga prinsip, lima tonggak harus dipraktik warga tentera darat, kata Zamrose

PORT DICKSON,. Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain semalam menggariskan tiga prinsip dan lima tonggak (3P+5T) utama yang harus dipraktikkan oleh seluruh warga Tentera Darat.

Beliau yang merupakan Panglima Tentera Darat (PTD) ke-28 berkata tiga prinsip itu ialah melaksanakan apa yang harus dilakukan, lakukan apa yang dikata akan dilaksanakan, dan laksanakan apa yang betul.

“Bagi prinsip melaksanakan apa yang harus dilakukan, setiap anggota mempunyai bidang tugas tertentu yang mesti dilakukan supaya sistem dan proses dalam organisasi berjalan dengan lancar untuk mencapai misi yang ditetapkan.

“Menerusi prinsip nelakukan apa yang dikatakan akan dilaksanakan pula, setiap anggota perlu menentukan setiap kata itu dikotakan bagi menjana komitmen terhadap kesempurnaan dan kelangsungan tugas,” katanya.

Dalam ucapannya semasa menyampaikan Perintah Ulung di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini, semalam beliau berkata prinsip ketiga pula merujuk kepada pencapaian misi dan tugas serta tanggungjawab Tentera Darat, yang sangat bergantung kepada keupayaan anggotanya melaksanakan perkara yang betul.

Turut hadir pada majlis pagi semalam ialah Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Timur Tentera Darat Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Yadi.

Zamrose berkata lima tonggak yang dimaksudkan beliau pula merujuk kepada kelangsungan misi dan kesiagaan, memperkasakan keutuhan organisasi, pelestarian kesejahteraan warga, pengukuhan perhubungan pertahanan, dan peningkatan hubungan tentera darat dengan awam. — Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )