UAE hantar pesawat, bawa pulang warga asing dari Hubei, China

UAE hantar pesawat, bawa pulang warga asing dari Hubei, China

ABU DHABI,. Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengambil inisiatif dengan menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat dari beberapa negara sahabat yang berada di wilayah Hubei, China, sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Emiriah Arab Bersatu (WAM).

Pesawat dinamakan “Homeland of Humanity,” itu berlepas ke China bersama dengan pasukan perubatan yang pakar dalam bidang jangkitan virus serta anggota sukarelawan.

Pasukan perubatan itu akan memberikan rawatan perubatan yang diperlukan sepanjang perjalanan. Di samping menyediakan perlindungan sebaik pesawat mendarat dan menempatkan pesakit di bawah kuarantin untuk tempoh 14 hari.

Pasukan sukarelawan itu termasuk juruterbang dan kakitangan pentadbiran.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan dan Pencegahan (MOHAP) mengumumkan kes baharu COVID-19 pada Khamis.

Kes terbaru itu melibatkan pelajar lelaki berusia 17 tahun yang tidak menunjukkan sebarang gejala, kini sedang menjalani rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )