UEFA bakal umum format baharu Liga Juara-Juara esok

UEFA bakal umum format baharu Liga Juara-Juara esok

PARIS,. Ketika bola sepak Eropah kembali selepas berehat lama, UEFA dijangka mengumumkan format untuk peringkat seterusnya saingan Liga Juara-Juara pada mesyuarat penting awal pagi esok yang juga akan membangkitkan isu mengenai penangguhan Euro 2020.

Liga Juara-Juara ditangguhkan pada pertengahan Mac lalu sebelum kelompok 16 terakhir dilengkapkan susulan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun badan induk bola sepak dunia itu berharap untuk menamatkan saingan utama itu bersama Liga Europa dan Liga Juara-Juara Wanita pada penghujung Jun.

Keputusan yang akan diambil jelas optimis melihat kepada kemuncak pandemik di Eropah, memungkinkan sukar untuk menamatkan musim ini.

Bagaimanapun UEFA sudah berusaha melengkapkan musim pada Ogos yang tampak boleh dilakukan kerana liga sudah bermula dan kematian akibat pandemik itu di Eropah sudah berkurangan.

Justeru mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang akan diadakan secara sidang video dijangka meluluskan idea “Lapan Terakhir” di Lisbon seperti dilaporkan di seluruh Eropah sejak beberapa hari lalu.

Ia bermakna mencari cara untuk melangsungkan perlawanan bagi baki empat saingan kelompok 16 terakhir pusingan kedua sebelum membawa semua pasukan suku akhir ke ibu kota Portugal bagi mencari juara Eropah.

Menurut laporan, final akan berlangsung pada 23 Ogos.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )