UTP, KPBKL bekerjasama dalam akademik, penyelidikan dan pembangunan manusia

UTP, KPBKL bekerjasama dalam akademik, penyelidikan dan pembangunan manusia

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) memeterai memorandum persefahaman (MoU) yang membuka laluan kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan manusia.

Naib Canselor UTP Prof Tan Sri Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata MoU itu akan memberi peluang kepada pelajar KPBKL yang merangkumi golongan asnaf melanjutkan pengajian di UTP bagi meningkatkan taraf pendidikan dan daya saing selain menambah baik kedudukan sosioekonomi mereka.

“UTP akan melengkapi mereka dengan kemahiran, pengetahuan dan kecekapan yang perlu sebagai persediaan menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

“Warga kerja akademik KPBKL juga berpeluang melanjutkan pengajian peringkat pascasiswazah di UTP bagi membangunkan sumber manusia KPBKL secara mampan melalui perkongsian kemahiran dan pengetahuan dengan ahli-ahli fakulti UTP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MoU itu ditandatangani pada 27 Julai lepas oleh Mohamed Ibrahim dan Rektor KPBKL Prof Datuk Dr Noor Inayah Ya’akub dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Strategi UTP Ir Dr Aidid Chee Tahir dan Pendaftar KPBKL Rokiah Yunus.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )