Vokal makin merudum? Ini jawapan Siti Nordiana

Vokal makin merudum? Ini jawapan Siti Nordiana

SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi Siti Nordiana sering menjadi bualan dan perbincangan netizen apabila prestasi nyanyiannya dikatakan tidak segah ketika penyertaannya menerusi Gegar Vaganza 2 suatu ketika dahulu.

Sehingga ada yang mendakwa vokal penyanyi yang mesra disapa Nana itu semakin merudum dan gagal menyita peminat menerusi persembahan-persembahan pentas. Menjawab kritikan yang dilemparkan ke atas dirinya, Nana mengakui ada beberapa persembahannya tidak mencapai standard yang diingini.

“Bagi saya, sebagai seorang penyanyi, ada masa kita tak cukup rehat dan ada juga masa kita tidak sihat. Penyanyi bukan mesin. “Tambahan pula, saya sudah beberapa kali dijangkiti COVID-19. Justeru, ada terkesan sikit pernafasan dan suara saya buat masa ini,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Nana menjelaskan, efek COVID-19 yang dialami bukanlah menjadi alasan untuk tidak terus memperbaiki diri sebagai penyanyi. “Dijangkiti COVID-19 bukanlah alasan kita untuk nyanyi main-main. Saya pun perasan adalah dua tiga persembahan yang saya sifatkan sebagai kurang baik.

“Jadi, kalau netizen tegur dan betul persembahan saya tak bagus, saya terima dengan hati terbuka,” katanya. Menurut Nana, bagi memperbaiki mutu persembahan, dia sentiasa berlatih vokal selain melakukan senaman di rumah.

“Untuk mengatasi masalah pernafasan, saya akan ambil kelas vokal bersama Cikgu Shafi. Dalam masa yang sama, saya juga berlatih di rumah dan melakukan senaman,” katanya lagi. Dalam perkembangan terkini, Nana sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Menyantun Kasih. Single berkenaan dicipta oleh Datuk M. Nasir dan lirik oleh Keon.

-Gempak

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)