Wanita dan politik  dalam negara perlu menyeluruh dan berstruktur pada Forum Voices of HER 2026 – Noraini

HomeUncategorized

Wanita dan politik dalam negara perlu menyeluruh dan berstruktur pada Forum Voices of HER 2026 – Noraini

KUALA LUMPUR,. Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, berkata, penyertaan wanita dalam politik negara perlu diperkukuh melalui

SpellBinderS Is Now The Biggest Competitor of Clash of Royale
You Must Watch This Travel Guide Video Before Starting Your Tours
Pesuruhjaya Tinggi PBB beri amaran bencana kemanusiaan bakal melanda El Obeid, Sudan

KUALA LUMPUR,. Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, berkata, penyertaan wanita dalam politik negara perlu diperkukuh melalui reformasi yang lebih menyeluruh dan berstruktur. Beliau berkata ini perlu bagi memastikan representasi yang lebih seimbang dalam landskap demokrasi Malaysia.

Katanya walaupun wanita Malaysia telah mencapai kemajuan yang kukuh dalam bidang pendidikan dan ekonomi, penyertaan mereka dalam politik masih rendah dan tidak mencerminkan keupayaan sebenar golongan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa walaupun wanita merangkumi lebih 60 peratus kemasukan ke universiti dan menyumbang 56.6 peratus kadar penyertaan tenaga buruh negara, perwakilan wanita di Dewan Rakyat hanya sekitar 13.5 peratus.

Noraini berkata demikian ketika merasmikan Forum Voices of HER 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Keadaan itu menunjukkan wujud jurang ketara antara pencapaian wanita dalam sektor lain berbanding penglibatan mereka dalam proses membuat keputusan politik, katanya.

Menurutnya, kekurangan suara wanita dalam politik bukan sahaja memberi kesan kepada wanita itu sendiri, tetapi juga melemahkan keterangkuman dan kesyumulan dalam penggubalan dasar awam.

Sehubungan itu, Noraini mencadangkan beberapa langkah termasuk pelaksanaan mekanisme kuota atau insentif dalam sistem pilihan raya, penambahbaikan struktur pencalonan parti politik, serta pembangunan kepimpinan wanita secara sistematik.

“Peningkatan penyertaan wanita tidak akan berlaku secara semula jadi tanpa intervensi dasar yang jelas, berstruktur dan berterusan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa perubahan budaya dalam persepsi masyarakat terhadap kepimpinan wanita perlu diperkukuh bagi memastikan lebih ramai wanita diberi peluang memegang peranan kepimpinan dalam menentukan hala tuju negara.

Forum bertemakan ‘Wanita & Politik: Kepimpinan, Perwakilan & Realiti’ itu menghimpunkan tokoh tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan cabaran serta strategi memperkukuh peranan wanita dalam politik.

Antara sorotan utama ialah sesi perkongsian oleh Speaker Dewan Undangan KwaZulu-Natal, Nontembeko Boyce, yang berjaya meningkatkan perwakilan wanita di wilayah tersebut kepada hampir 45 peratus.

Noraini berkata pengalaman antarabangsa itu menunjukkan bahawa perubahan bermakna boleh dicapai dengan komitmen politik yang kukuh serta dasar yang menyokong.

“Perjuangan memperkasa wanita dalam politik adalah usaha penting untuk membina Malaysia yang lebih inklusif, adil dan progresif,” tambahnya.

—