BN Tak Boleh Leka di Ayer Kuning – “Atas Kertas Menang, Di Kertas Undi Belum Tentu”

BN Tak Boleh Leka di Ayer Kuning – “Atas Kertas Menang, Di Kertas Undi Belum Tentu”

REMBAU – Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan memberikan amaran ringkas namun jelas kepada jenteranya: kemenangan tidak dijamin hanya kerana ramalan atas kertas.

Beliau menegaskan, PRK Ayer Kuning bukan masa untuk berehat atau mengambil mudah kekuatan lawan. BN perlu menggerakkan jentera sepenuhnya untuk memastikan kemenangan mutlak.

“Kalau kita leka, tak mustahil ramalan jadi angan-angan. Kita perlu pastikan jentera bergerak, pengundi ditemui, dan kepercayaan diperoleh,” katanya dalam satu program Aidilfitri di Rembau.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )