DATA PERIBADI 24,000 PEKERJA KEPCO KOREA SELATAN BOCOR

HomeFeaturedBerita Semasa

DATA PERIBADI 24,000 PEKERJA KEPCO KOREA SELATAN BOCOR

SEOUL,. Maklumat peribadi kira-kira 24,000 pekerja syarikat utiliti milik kerajaan Korea Selatan, Korea Electric Power Corp. (KEPCO), didapati bocor,

MINDEF kenal pasti empat negara berpotensi bekal NSM – Mohamed Khaled
Kekurangan dana jejaskan 8.3 juta orang – UNHCR
Konflik Asia Barat: Presiden Iran gesa rakyat terus teguh hadapi musuh

SEOUL,. Maklumat peribadi kira-kira 24,000 pekerja syarikat utiliti milik kerajaan Korea Selatan, Korea Electric Power Corp. (KEPCO), didapati bocor, menurut syarikat itu pada Ahad, dalam insiden terbaharu membabitkan kebocoran data korporat, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Kami menyedari bahawa maklumat peribadi pekerja telah terdedah di sebuah laman sesawang luar kira-kira 3.59 petang Khamis,” menurut KEPCO dalam satu kenyataan.

Maklumat yang bocor termasuk nama, jawatan dan nombor telefon, namun tidak membabitkan maklumat sensitif seperti nombor pendaftaran penduduk, menurut syarikat itu.

KEPCO memaklumkan pekerja yang terjejas telah dimaklumkan mengenai insiden itu dan maklumat yang bocor berkenaan selesai dipadamkan kira-kira tengah malam Jumaat.

Maklumat pelanggan yang disimpan dalam sistem berasingan tidak terjejas.

Insiden itu berlaku selepas beberapa institusi kewangan utama termasuk Hana Bank, KB Kookmin Bank dan Shinhan Bank baru-baru ini mengalami kebocoran maklumat pelanggan secara berturut-turut akibat serangan penggodaman.

Seorang pegawai KEPCO berkata syarikat itu sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kebocoran data berkenaan dilihat tidak mempunyai kaitan dengan serangan penggodaman berkaitan kecerdasan buatan (AI) terhadap institusi kewangan Korea Selatan.

— BERNAMA-YONHAP