DEWAN BATU 5 DIBUKA SEBAGAI TRANSIT TEMPATKAN LAPAN MANGSA BANJIR KILAT DI KANGAR

HomeFeaturedBerita Semasa

DEWAN BATU 5 DIBUKA SEBAGAI TRANSIT TEMPATKAN LAPAN MANGSA BANJIR KILAT DI KANGAR

KANGAR,. Dewan Batu 5, di sini dibuka sebagai transit bagi menempatkan lapan mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas akibat banjir kilat yang berl

FCoEE PERKASA PELAJAR ASNAF DALAM BIDANG AI, SAINS DAN TEKNOLOGI
KDNKA rekod nilai rampasan RM7.1 bilion setakat 30 Nov
PRIME diterajui Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) 222 Pusat Rujukan Inklusif Usahawan MADANI

KANGAR,. Dewan Batu 5, di sini dibuka sebagai transit bagi menempatkan lapan mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Kampung Telok, awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata dewan itu dibuka pada 1.50 pagi dan belum diisytiharkan secara rasmi sebagai pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 11 pagi ini.

“Dewan itu dibuka hanya untuk transit bagi mangsa banjir kilat ini, dan pihak APM akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa. Jika situasi banjir dinilai semakin teruk, PPS akan dibuka secara rasmi,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Setakat ini, kawasan di sekitar Kangar mengalami hujan renyai.

— BERNAMA